Anticlockwise watches

Apa Kelebihan Jam Tawaf Fateh?

RAMAI YANG MASIH BELUM TAHU kewujudan jam tawaf di pasaran dan dalam masa yang sama, ramai juga yang mencari jam tawaf yang sesuai untuk apa jua gaya dan keadaan. Namun, koleksi jam tawaf yang ada di pasaran adalah terhad, sehinggalah muncul jenama Fateh Watches. Wujudnya dua audien yang berbeza ini disebabkan preference terhadap jenama, harga dan juga buying behaviour.

Rata-rata ramai pengumpul jam tangan mula meminati koleksi jam tawaf sekarang ini. Hal ini disebabkan oleh keunikan jam tawaf yang tidak ada pada jenama yang lain, seperti pergerakan enjin jam, kualiti dan rekaan yang bertaraf antarabangsa.

Fateh Watches merupakan jam tangan berkelas tinggi yang diilhamkan oleh Tuan Haji Zainal Mohd Ali, rakyat Malaysia yang berpengalaman selama 43 tahun dalam industri pembuatan jam tangan. Pengalaman terakhir beliau di dalam industri pembuatan jam tangan adalah di Taiwan, sebelum mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke Malaysia pada akhir 2015. Tuan Haji Zainal Mohd Ali merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan dan kursus teknikal khas jam tangan di Switzerland.

Setelah bersara, beliau yang telah terbiasa bekerja mencetus ilham untuk menghasilkan jam tawaf yang berciri mewah untuk pasaran tempatan.

Jam tawaf Fateh Watches mempunyai keunikan tersendiri, berbeza dengan jenama jam tawaf yang lain di pasaran. Rekaan ilustrasi di muka jam tangan direka khas oleh Tuan Haji Zainal Mohd Ali dengan ciri-ciri unik. Kewujudan dual time dengan menggunakan dua enjin jam yang bergerak berlawanan arah secara serentak merupakan ciri-ciri yang tidak ada pada jam tawaf yang lain.

Pengikat tali jam (clasp) pula menggunakan butterfly clasp yang agak jarang dilihat pada jenama jam tawaf yang lain. Menurut Haji Zainal Mohd Ali, penggunaan butterfly clasp ini menyelesaikan masalah jam terjatuh ke lantai ketika dibuka untuk mengambil wudhu’.

Selain itu, jam tawaf Fateh Watches juga mempunyai pemuka tarikh yang bergerak secara automatik dan boleh diselaraskan secara manual.

Bagi yang masih mencari jam tawaf terbaik yang sesuai pada gaya dan keadaan, Fateh Watches merupakan jenama pilihan yang wajib dipilih kerana rekaan yang unik, berciri mewah dengan harga yang sangat berpatutan, serta mempunyai pilihan warna yang boleh dipadankan dengan pakaian anda.

Sehingga kini, Fateh Watches telah mengeluarkan 5 rekaan yang berlainan dengan kuantiti yang terhad, seperti Discovery I, II & III, Hagia & Fateh Pearl untuk wanita.

Untuk sebarang rujukan lanjut, anda boleh merujuk ke https://fatehwatches.com/shop/ dengan lihat sendiri koleksi jam tawaf Fateh Watches beserta keterangan teknikal.

7 Feb 2020 | 0 comments

Share This Story, Choose Your Platform!

Pin It on Pinterest

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop