Tahukah anda, jam yang ada kebanyakannya hari ini, ialah jam anti-tawaf? Pihak Barat telah mengubah konsep ini, yang merupakan salah 1 rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia. Minda manusia seluruh dunia berjaya diubah kepada penggunaan jam anti-tawaf seperti yang ada sekarang.
Fitrah penciptaan dunia seisinya, membuktikan semua yang ada di alam ini bergerak mengikut hukum TAWAF. Ini kerana Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan. Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan. Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah.
Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam. Perkara ini bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan. Maka, si pemakai Jam Tawaf akan merasai faedah yang tidak terhingga apabila memakai jam ikut arah hukum alam.
Sekarang ini ramai orang menjual dan mempromosikan Jam Tawaf, yakni jam yang jarum jamnya berputar melawan arah jam. Dinamakan sebagai jam Tawaf kerana ia berpusing mengikut arah umat Islam melakukan Tawaf semasa ibadah Haji atau Umrah mengelilingi Kaabah.
ARAH TAWAF
Islam mempunyai, konsep kanan dan kiri adalah cukup jelas. “Kanan” dikaitkan dengan yang positif, baik, pahala, amal kebajikan, kitab penilaian di akhirat, dan golongan selamat di akhirat. Dalam amalan ibadah umum dan khusus juga Islam mengajar makan dan minum dengan tangan kanan, bersalam dengan tangan kanan, memberi sedewah dengan tangan kanan, memberi barang pada orang lain dengan tangan kanan, mengambil wuduk untuk tangan dan kaki dengan memulakan dengan yang kanan, dan tawaf dengan menghala ikut sebelah kanan dan berpusing arah ke kiri mengelilingi kaabah.
Bumi, bulan, bintang, matahari serta seluruh Galaksi Bima Sakti beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebenarnya adalah pusat medan magnet dunia. Perkara ini diakui oleh pihak NASA dimana suatu kajian telah dilakukan melalui pemerhatian dari angkasa lepas bahawa medan magnet seluruh dunia tertumpu di Kaabah yang merupakan pusat dunia.
Segala tenaga didunia ini terpancar dan dikawal dari medan magnet ini. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Hakikat ini masih tidak ramai yang tahu dan tidak ramai pakar-pakar Islam menemui hasil kajian hebat seperti ini.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.
Wallahua’lam.
Sumber :
https://supyanhussin.wordpress.com/2017/03/04/arah-pusingan-jam-dan-lawan-jam-takdir-atau-kebetulan/